Wednesday, July 11, 2012

SAKA

Apa Itu Saka?

Pada pendapat saya yang tak seberapa ini, saka ialah jin-jin, atau makhluk halus yang duduk dalam badan seseorang yang tanpa sedar atau memang secara sedar, diwarisi oleh ibu,ayah,nenek,atuk atau moyang-moyang yang terdahulu.

Semua sedia maklum bahawa makhluk bernama jin ini hidup nya lebih panjang usia berbanding dengan manusia. Jadi jika tok moyang kita dulu ada buat perjanjian atau memang sengaja membela jin-jin ini, maka keturunan nenek moyang kita secara otomatik akan mewarisi saka ni tanpa disedari. Jin-jin ini kerjanya tidak lain untuk mengganggu manusia dari beribadat kepada Allah swt. (kalau dia jin ni baik, dia takkan duduk dalam badan manusia betul tak?).


Jadi untuk itu, kita perlu kembali ke jalan Allah swt. Melakukan perintahNya, jaga amalan, ikhlaskan niat dan sentiasa bersangka baik. Kerana semua perbuatan baik akan mendatangkan Nur pada hati kita, Nur inilah yang amat jin tak suka.

Apa pendapat anda?